KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENINGKAT AKAN MENGAKIBATKAN

 Berapa ramai ahli keluarga / kenalan kita yang:
1. Disenarai hitam?
2. Telah muflis?
3. Sedang menanggung jumlah hutang yang besar?
4. Belum bekerja tetapi telah menanggung hutang PTPTN?
5. Dan apa sahaja kesempitan berpunca daripada kewangan.
Sekiranya anda juga berada dalam situasi yang sama:
1. Anda boleh teruskan usaha yang dilakukan untuk keluar dari masalah itu DAN / ATAU
2. Anda juga boleh menyertai satu GERAKAN yang berusaha SECARA BERKUMPULAN untuk MENGUBAH cara kita menggunakan kewangan yang TERHAD.

Gerakan global ini dinamakan:
1. Solidarity Economy,
2. Economic Democracy,
3. Population Economy,
4. Sharing Economy dan beberapa istilah lain.

                                     
“GERAKAN GLOBAL YANG BERMULA HASIL DARI KRISIS EKONOMI YANG MELANDA USA, GREECE DAN DIGUNAPAKAI SECARA MELUAS DI NEGARA - NEGARA SKANDINAVIA”

“KRISIS YANG MELIBATKAN KERUNTUHAN INSTITUSI KEWANGAN HASIL DARI TINDAKAN YANG KURANG BIJAK SEHINGGA PELANGGAN / RAKYAT MENANGGUNG KERUGIAN”.

PERSOALAN:
Sekiranya pelanggan tidak membayar pinjaman, bank ambil tindakan sehingga pelanggan diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Apabila pengurusan bank gagal mengurus deposit pelanggan sehingga menyebabkan bank muflis, apa yang boleh dilakukan oleh pelanggan?.

Persoalan ini telah menyebabkan banyak pihak berfikir semula dan memulakan pelbagai diskusi untuk mencari ALTERNATIF kepada sistem perbankan kapitalisme.

sistem yang sama digunakan di Malaysia. Sistem yang berat sebelah dan hanya berpihak kepada bank dan pelanggan tiada pilihan untuk membuat tawaran balas.

>Bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, banyak artikel yang terdapat di Internet yang membincangkan topik ini sehingga kini dijadikan bahan kajian untuk mahasiswa di peringkat sarjana di Presidio Graduate School's MBA program. Antara tajuk yang digunakan ialah Gifting, Collaborative Consumption dan Sharing Economy. Lynn Twist dalam bukunya Soul of Money juga banyak memperkatakan tentang isu permuafakatan ini.


                                            

Pautan
Collaborative Consumption
 "Jika cita-cita perjuangan kita merupakan satu bangunan, maka kita semua adalah merupakan bata-bata


yang disusun menjadi kesatuan bagi mendirikan bangunan itu"  
   
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

No comments:

Post a Comment