Tuesday 29 January 2013

Gerak Muafakat Komuniti Ekonomi Anak Jawa 1 Malaysia

Gerak Muafakat komuniti anak jawa 1 Malaysia Yang Menggunakan Kaedah Ekonomi Permuafakatan Sebagai Pendekatan Untuk Faedah Ahli-Ahlinya.



Memaparkan permasaalahan ahli-ahli dan berpakat sesama ahli untuk membuat sumbangan sekiranya ada di kalangan ahli memerlukan bantuan di saat kecemasan dan sangat memerlukan,selain itu juga dengan pendapatan yang di perolehi boleh di gunakan untuk Membayar Hutang-hutang:


                                
PENDIDIKAN,AIM,TEKUN,MARA serta membantu menambahkan jumlah pelangan dan meningkatkan jualan produk IKS dan perkhidmatan yang di usahakan oleh ahli di samping merebut peluang perniagaan yang ada di iklankan oleh ahli-ahli komuniti di webblog ini.

Gerak Muafakat komuniti anak jawa 1 Malaysia ini ialah inisiatif untuk mengajak orang ramai menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan Kebajikan sesama ahli,urusan jualbeli produk iks yang di usahakan oleh ahli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan/perniagaan.


Matlamat pergerakan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli.



Sasaran permulaan pergerakkan ini ialah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman untuk membeli sesuatu atau pun ingin memulakan sesuatu perniagaan disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti telah: 




1.disenarai hitamkan, 

2.Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP   
3.Telah melebihi had pinjaman atau had umur untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.

Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini?.

Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.

Gerak Muafakat komuniti anak jawa 1 malaysia ini ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.


Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan 1 sistem online bersifat global yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi.  



Dalam erti kata lain:

Gerak Muafakat komuniti anak jawa 1 malaysia ini telah pun memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti membantu mereka semua membeli komputer untuk pembelajaran anak-anak,mendapatkan lesen menungang dan memandu kenderaan membeli motosikal,kereta,rumah dan memulakan sesuatu perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman dengan kaedah berpakat dalam 1 sistem yang canggih dan menepati keperluan semasa. 

Dalam program komuniti ini adalah di harapkan tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa untuk menyertainya kerana anda hanya perlu faham apa itu komuniti, kenapa anda perlu menyertai program komuniti ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda terutama saudara mara terdekat dan masyarakat jawa seluruhnya. 


yang akhir sekali, matlamat program ini ialah memberikan ganjaran kewangan kepada mereka yang telah mendapat manfaat dari program ini apabila mereka mengenalkan sistem ini kepada rakan-rakan mereka.

Hanya dengan menggunakan
sistem ini dan memberitahu kepada rakan-rakan dan apabila mereka juga menggunakan sistem ini, ganjaran yang teramat istimewa menanti anda.

                   
"TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai".
 
Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai komuniti, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah serta merta apabila kita mula mengenalkan program komuniti ini kepada orang lain.
 


Kejayaan program komuniti ini TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program komuniti ini. 


Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai komuniti ini dan bukan untuk diberikan kepada 'prospek'. 

Dalam program komuniti anak jawa 1 Malaysia ini, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di 'tangkap muat' sahaja.

                                    

Inilah keunikannya jika dibandingkan dengan 'program-program' yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya. program komuniti ini perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti anda agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.


Program komuniti tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet.
 
Komuniti Gerak Muafakat anak jawa 1 malaysia menggunakan Internet sepenuhnya melalui sistem
DYNADOLLARS dan memudahkan pihak yang berada jauh dari kita untuk membuat urusan.

 
Bagi mereka yang belum celik IT, pusat-pusat khidmat yang di ujudkan akan membantu para ahli mendaftar dan membuat pengeluaran pendapatan di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari.




 "Kami percaya Pencipta kita mencipta Bumi ini dengan kemewahan yang mencukupi untuk setiap lelaki, wanita dan anak-anak. Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita sehingga kita gagal untuk menikmatinya."